Isu dalam lakunan semula sejarah kejadian tersebut Pertempuran_Alesia

Selama beberapa tahun, lokasi sebenar pertempuran tidak diketahui. Teori berlawanan mulanya menumpu kepada dua bandar, Alaise di Franche-Comté dan Alise-Sainte-Reine di Côte-d'Or. Maharaja Napoleon III dari Perancis menyokong calun kedua dan semasa 1860an mebiayai carigali yang membongkar bukti yang menyokong kehadiran kem Rom dikawasan tersebut. Dia kemudiannya mendirikan patung Vercingetorix di puing yang baru ditemui. Bagaimanapun, ketidakpastian kekal. Malah, mukabumi Alise-Sainte-Reine tidak menyamai gambaran Caesar. Sebagai contoh, tapak tersebut terlalu kecil untuk menempatkan 80,000 orang infantari Gallic, 10,000+ pasukan berkuda dan penduduk. Teori baru menyokong lokasi pertempuran di Chaux-des-Crotenay di pintu masuk pergunungan Jura. Penyelidikan awal di Chaux-de-Crotenay menghasilkan sistem pertahanan rom lengkap yang serupa dengan gambaran Caesar ditapak tersebut. Bagaimanapun, penyelidikan arkhaelogikal diperlukan bagi mengesahkan dengan tepat lokasi Alesia.

Jumlah tepat mengenai saiz tentera yang terbabit, dan jumlah korban, sukar diketahui. Jumlah sedemikian sentiasa merupakan senjata propaganda, dan perlu disyaki. Caesar, dalam De Bello Galliconya, merujuk kepada tentera bantuan Gallic sebagai suku juta, kemungkinannya diperbesarkan bagi meningkatkan kemenangannya. Malangnya, rekod tunggal mengenai perkara tersebut datangnya dari Rom dan dianggap berat sebelah. Ahli sejarah moden biasanya mempercayai jumlah antara 80,000–100,000 orang adalah lebih dipercayai. Fakta yang diketahui adalah setiap tentera dalam legion Caesar mendapat seorang Gaul sebagai hamba, yang bererti sekurang-kurangnya 40,000 tahanan, kebanyakkannya dari pasukan yang dikepong. Pasukan penyelamat kemungkinannya mengalami kerugian besar, sebagaimana tentera lain yang hilang kawalan perang dan berundur sambil diserang pasukan berkuda Rom.